Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Syria, Bashar al-Assad telah mengecam Amerika Syarikat berikutan tindakan negara itu yang melabelkan pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) yang menurutnya telah banyak menyumbang kepada peperangan ke atas keganasan di negaranya sebagai pertubuhan pengganas.
Di dalam pertemuan dengan Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif di Damsyik pada hari Selasa, pemimpin Syria itu berkata pelabelan IRGC sebagai "organisasi pengganas asing" adalah satu lagi "tindakan" Washingtin yang silap dan dalam masa yang sama dapat menjejaskan lagi kestabilan di wilayah tersebut.
Semasa pertemuan itu, kedua-dua pihak menekankan bahawa dasar bermusuhan A.S dan negara Arab tertentu tidak akan dapat menghalang Iran dan Syria daripada terus mempertahankan hak negara mereka, tambah kenyataan itu. -Press TV
16 April 2019 - 18:07
News ID: 937198
Presiden Syria, Bashar al-Assad telah mengecam Amerika Syarikat berikutan tindakan negara itu yang melabelkan pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) yang menurutnya telah banyak menyumbang kepada peperangan ke atas keganasan di negaranya sebagai pertubuhan pengganas.